Thursday 6 December 2012

KEMUSYKILAN AURAT DAN BERSALAMAN DENGAN IPAR DAN MERTUA.



Soalan:
Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aurat?


Jawapan:
Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.


Soalan:
Bila aurat bermula bagi perempuan dan hukumnya?


Jawapan:
Aurat wanita bermula bila sudah baligh iaitu mula datang haid. Hukum menutup aurat adalah WAJIB.


Soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan MUHRIM dan MAHRAM?


Jawapan:
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita. Mahram seorang wanita yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan merangkumi:
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Batasan aurat badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram.


Soalan:
Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?


Jawapan:
Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.


Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar lelaki?


Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar lelaki hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)

Dengan hadis ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.


Soalan:
Jadi bolehkah saya bersalaman dengan abang ipar atau adik ipar lelaki?


Jawapan:
Ipar adalah hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka.

Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.

Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.

Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.

Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Berpeganglah kepada pandangan mazhab anda.


Soalan:
Bagaimana aurat menantu perempuan terhadap ayah mertuanya?


Jawapan:
Kedudukan ibu dan ayah mertua itu sama dengan ibu dan ayah sendiri. Boleh memperlihatkan aurat kita kepada ayah mertua sepertimana kita memperlihatkan aurat kita kepada ayah kandung. Untuk lebih jelas sila rujuk surah An Nur ayat 31.


Soalan:
Adakah batal air sembahyang jika menantu perempuan bersentuhan dengan ayah mertua atau abang ipar/ adik ipar lelakinya?


Jawapan:
Air wuduk perempuan akan terbatal apabila ia bersentuhan dengan adik iparnya lelakinya, kerana ia halal berkahwin dengan adik iparnya itu. Pengharaman berkahwin dengan adik iparnya itu sekadar untuk sementara sahaja, iaitu selagi mana ia masih berkahwin dengan suaminya. Jika sudah berlaku perceraian atau kematian kepada suami, di kala itu halal kepada perempuan terlibat berkahwin dengan iparnya. Justeru itu kedudukan air wuduknya adalah batal apabila berlaku persentuhan dengan iparnya.

Bagaimanapun bersalaman dengan ayah mertua tidak membatalkan air wuduk kerana ayah mertua haram dikahwini oleh menantu perempuan buat selamanya.


Soalan:
Bagaimana aurat perempuan dengan ayah saudara dan bolehkan bersalaman?


Jawapan:
Jika ayah saudara adalah adik beradik kepada kedua ibu bapa maka boleh bersalaman dan boleh memperlihatkan aurat kita kepada mereka sepertimana aurat kepada ibubapa.

Namun sekiranya ayah saudara adalah suami kepada ibu saudara kandung (iaitu ipar kepada ibu/ayah kita), maka harus menutup aurat seperti aurat kepada lelaki ajnabi. Dengan erti kata lain kita tidak mempunyai pertalian darah dengan ayah saudara tersebut. Tidak boleh bersalaman dengan mereka.


Soalan:
Bagaimana aurat perempuan dengan sepupu lelaki dan batalkan air sembahyang apabila tersentuh dengannya?

Jawapan:

Dari segi kedudukan sepupu dalam Islam membolehkan keduanya untuk berkahwin atau bernikah. Jika kedudukannya menghalalkan perkahwinan maka batal wuduk jika bersentuh dan aurat haruslah dijaga seperti aurat kita terhadap lelaki-lelaki ajnabi.


Soalan:
Bagaimana aurat perempuan dengan anak saudara lelaki?

Jawapan:

Sekiranya anak saudara adalah anak kepada adik beradik anda sendiri, boleh memperlihatkan aurat mereka seperti memperlihatkan aurat kepada ayah dan ibu.

Sekiranya anak saudara adalah anak kepada ipar duai maka aurat haruslah dijaga seperti aurat kita kepada lelaki-lelaki ajnabi.

Namun perempuan diberi kelonggaran untuk memperlihatkan perhiasan khafiynya sekiranya anak saudara tersebut masih Kanak-kanak dan belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

*Bagi memudahkan pemahaman tentang aurat dan dengan siapa boleh bersalaman, sila rujuk carta yang diberikan.

Kotak kuning bermaksud tidak boleh bersalaman dan wajib menutup aurat dengan mereka.
Kotak putih bermaksud boleh bersalaman dan aurat boleh diperlihatkan sepertimana kita memperlihatkan aurat kepada ibu dan bapa kita.

~Jazakallahu Khoir~

p/s : Harap ipar duai faham kenapa saya menolak untuk bersalaman ketika bertemu kalian sebelum dan selepas ini. Hormat dan sayang saya pada kalian tidak pernah hilang, cuma takutnya saya kepada Allah s.w.t

Tuesday 20 November 2012

Rezeki Dari Allah





Ya Allah, ajarkan hambamu ini berzikir, ajarkan hambamu ini bersyukur dan ajarkan hambamu ini beribadah dengan benar.

Empat hal yg Memberhentikan Rezeki :
- Tidur dipagi hari dari Sholat Subuh hingga Matahari Bersinar
- Tidak melakukan Sholat/Berdoa secara teratur
- Malas
- Penghianatan atau Ketidak Jujuran

Empat hal yg membawa Rezeki :
- Berdoa dimalam hari
- Tobat
- Beramal
- Berdzikir

Nabi Muhammad SAW jg bersabda :
Hiasi Jiwamu dg Shalat, Zikir and Al-Quran kerana Satu ayat Al-Quran pada Hari Akhir akan memberi Safaat.

Nabi Muhammad SAW juga bersabda : Berhenti melakukan sesuatu saat Adzan bahkan membaca Al-Quran, orang yg berbicara selama Adzan tidak dapat mengatakan Dua Kalimat Syahadat disaat Kematiannya.

Jika Susah, janganlah merasa Pilu. Ada Allah tempat Mengadu.
Jika Gagal, janganlah berputus Asa. Ada Allah tempat Meminta.
Jika Bahagia, janganlah jadi Lupa.. Karena hanya Allah lah tempat kt memuja utk berucap syukur’

Subhanallah Jazakallah bi hoirin Amin.

Hari Asyura :)



Kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

Tips di ganggu syaitan dan was-was ketika solat


Uthman bin Abi al-Aas datang berjumpa Nabi dan bertanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ، فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ ، وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاثً
ا. قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي.

Maksud: “Wahai Rasulullah, syaitan telah datang antara diriku dan solat dan menjadikan aku keliru dalam bacaanku.” Rasulullah s.a.w. menjawab: Itu adalah syaitan yang bernama Khanzab. Jika kamu menyedari kehadirannya, maka mohonlah perlindungan Allah daripada gangguannya dan ludahlah (tanpa air liur) ke kiri sebanyak tiga kali.” Uthman berkata: “Aku melakukannya dan Allah menjauhkan syaitan daripadaku.” (Sahih Muslim)

~Berusahalah bersungguh-sungguh untuk membetulkan bacaan, dan jangan sampai ia menganggu solat dan mendatangkan rasa malas. Kerana malas tersebut datang dari syaitan. Oleh itu juga, banyakkan berdoa minta berlindung dari syaitan~

Allahu'alam...

Why I killed Jews...

 
"I could kill all the Jews in the world, but I left a few alive so that the entire world will know why I killed the Jews…"

"Saya boleh menghapuskan semua bangsa yahudi ketika saya berkuasa, tapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya bangsa yahudi dan mengapa saya membunuh mereka..."

~Adolf Hitler~

Thursday 27 September 2012

KENAPA SYAITAN DAN IBLIS BERDENDAM DENGAN MANUSIA?



Mari mulakan kisah ini dengan penciptaan makluk Allah yang pertama di muka bumi.

Ibnu Abbas ra mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah ditegakkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rumput-rumput yang satu sama lain saling memerlukan. Pada masa itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.

Dalam Al-Quran disebutkan tiga jenis makhluk berakal yang diciptakan Allah yaitu manusia, jin, dan malaikat. Manusia dan Jin memiliki tujuan penciptaan yang sama kerana sama-sama memiliki akal yang dinamis dan nafsu namun hidup pada dimensi yang berbeda. Sedangkan malaikat hanya memiliki akal yang statis dan tidak memiliki nafsu kerana tujuan penciptaanya sebagai pesuruh Allah. .” (Qs. Al-Dzariyyat [56]: 56) “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Jin adalah makluk yang dicipta sebelum Adam. (Qs. Al Hijr [15:27]). “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. Jin adalah generasi pertama yang diciptakan oleh Allah dimuka bumi sebelum penciptaan Adam dalam beberapa peringkat generasi Jin, sebelum generasi itu diganti dengan generasi Adam. (Qs. Al-An’am [6]) “Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar, pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan, jtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf. (Qs. Al-a'raf [27] "...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Setelah mereka memenuhi bumi dan dunia kian sempit kerana mereka terus bertambah, bertambah juga kerosakan kerana mereka, maka Allah mengirimkan angin taufan kepada mereka. Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tinggal. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.

Semua itu terus-menerus mereka lakukan dalam waktu yang lama. Kemudian satu sama lain di antara mereka saling berlaku aniaya, akibatnya mereka saling berperang.

Namun, perangnya bukan menggunakan senjata. Sebahagian di antara mereka melenyapkan sebahagian yang lain dengan mengepung rumah-rumah sehingga mereka yang terkepung binasa kerana lapar dan haus.

Setelah tindakan kerosakan yang dilakukan mereka kian memuncak, maka Allah mengirimkan umat yang berasal dari laut kepada mereka yang jasad-jasadnya lebih besar daripada mereka dan bentuknya lebih menakjubkan, yang disebut sebagai Bin. Bin adalah generasi ke dua kenabian dari bangsa jin. Umat tersebut menyerbu mereka sehingga kaum Jin binasa, tidak satu pun yang tinggal.

Jin hanya tinggal di bumi lebih kurang 500 tahun. Setelah itu, bumi dikuasai oleh Bin. Mereka berkahwin antara satu sama lain, melahirkan keturunan dan berkembang biak semakin banyak sehingga bumi kian penuh.

Sebahagian di antara mereka suka menengelamkan ke bumi lapis ketujuh dan menetap di sana untuk beberapa hari. Bagi mereka tidak ada tempat yang terhalang.

Mereka adalah yang pertama kali menggali perigi, membuat sungai, dan mengalirkan air dari sumber-sumbernya dan dari laut. Mereka adalah yang pertama kali membuat mesin/roda, membina jambatan di atas air, menangkap ikan di lautan, dan memburu binatang-binatang liar di wilayah yang tidak berpenduduk.

Oleh kerana itu, semua binatang, baik di daratan mahu pun di lautan, mengadukan urusan tersebut kepada Allah dan kerosakan yang disebabkan oleh mereka kian bertambah. Maka, Allah menciptakan makhluk baru yang berada di sisinya, yang bernama Abu Jan atau bapak seluruh jin. Abu jaan telah turun ke bumi dan melahirkan generasi Banul Jan atau anak jin baik , kuat dan cerdas yang hidup sampai akhir zaman.

Ibnu Abbas ra mengatakan bahawa mereka memiliki jenis yang berbagai jenis. Di antara mereka ada yang disebut dengan Nahabir, ada juga yang disebut Nahamir. Umat ini kelakuannya seperti manusia, suka makan, minum, dan berketurunan. Di antara mereka ada yang Mu’min dan ada juga yang kafir.

Allah menjadikan malaikat sebagai penghuni langit dan menjadikan Banul Jan sebagai penghuni bumi. Telah diriwayatkan, ketika Abu Jan turut ke bumi, beliau telah meminta kepada Allah agar salah satu keturunan hambanya yang bernama Iblis diperkenankan Allah untuk terus tinggal di syurga, diberi kekuatan seperti penghuni pertama (Malaikat) dan diberi kecerdasan melebihi makluknya pada saat itu. Kemudian turunlah Abu Jan dan lahirlah keturuan Banul Jan tinggal di bumi. Setelah tinggal di bumi, mereka berperang dengan Bin. Banul Jan terlalu kuat bagi Bin hingga mereka mampu menghancurkan Bin sampai tidak ada satu pun yang tinggal. Mereka berkahwin satu sama lain dan melahirkan keturunan sehingga bumi ini penuh.

Abu Jan diangkat sebagai pemimpin seluruh makhluk di bumi pada masa itu dan sangat beriman kepada Allah. Beliau beribadah kepada Allah dan menjadi guru bagi anak keturunannya sampai beliau wafat. Kemudian keturunannya Banul Jan bertambah banyak, kuat-kuat dan cerdas-cerdas. Ilmunya sangat hebat dan dari kelahiran Abu Jaan sampai keturunan Banul Jan belum ada pembinasaan dari Allah. Mereka hidup berkoloni menjadi beberapa bahagian. Seterusnya, di antara mereka timbul kedengkian dan aniaya. Di antara mereka banyak terjadi pertumpahan darah. Sebahagian dari mereka mengganggu sebahagian lainnya. Kerajaan-kerajaan Banul Jan kebanyakan hancur bahkan seumpama neraka. Kehancuran mereka adalah peperangan dan penindasan yang tidak akan pernah berakhir. Kezaliman mereka di luar batas, bahkan mereka tidak mengakui jika ada Tuhan yang menciptakan mereka. Sungguh derhaka mereka kepada Tuhannya yang telah mengasihi mereka selama ini. Atas kejadian ini, bumi mengadu kepada Tuhannya.

Ketika inilah Iblis yang keturunanya paling dimuliakan dari kalangan Jin lahir dan diangkat ke syurga seperti yang dijanjikan. Iblis hidup mengabdikan diri kepada Allah dan hidup bersama penghuni pertama (Malaikat). Iblis adalah generasi ke empat kenabian dari bangsa jin. Iblis adalah makluk dari golongan Jin yang paling kuat, cerdik dan cerdas. Pada awalnya, si Iblis ini menyembah kepada Allah, baik di bumi mahu pun di langit. Akan tetapi, kemudian dia ujub dengan dirinya dan dia dipengaruhi ketakaburan (merasa besar). Dalam keadaan demikian, Allah melihat apa yang ada di dalam hatinya. Iblis adalah makluk Allah yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat.

Iblis sangat cerdas dan pandai, dia mempunyai kehebatan yang luar biasa, bahkan Penghuni Pertama (Malaikat) pun merasa takjub dengan kehebatan yang di miliki Iblis. Suatu ketika Iblis dan malaikat bertanding mengadakan ibadah yang paling lama kepada Tuhan. Golongan Malaikat sujud satu hari tanpa bangun, maka iblis akan bersujud tujuh hari tanpa bangun. Bayangkan ibadah Iblis kepada Tuhannya sungguh alim luar biasa. Kerana alimnya dia, maka segala ilmu-ilmu di kuasai Iblis dengan sangat cepat.

Iblis bersumpah di dalam darahnya dan jiwanya, bahawasanya dia akan menjadi penghulu bagi seluruh makhluk di alam semesta ini. Iblis terus berusaha mencari ilmu-ilmu baru dan mencuba sehingga ilmu itu berhasil. Ilmu yang paling ingin dikuasai dari segala ilmunya adalah ilmu untuk mengetahui masa hadapan dari alam semesta, namun hanya Allah yang mengetahui tentang masa hadapan.

Disinilah bermulanya kisah Iblis yang dahulunya darjatnya diangkat Allah. Ketika terjadi peperangan diantara kaum Banul Jan. Allah telah mengutus bala tentara malaikat untuk meleraikan perbalahan dan pertumpahan darah yang berlaku. Bala tentera ini diketuai oleh Iblis yang dahulunya bernama ‘Azazil. Iblis pada mulanya adalah bala tentera malaikat. Iblis bersama rombongannya mengusir kaum Banul Jan dari bumi. Akibatnya mereka bertempiaran lari menghuni ke gunung-gunung dan pulau-pulau kecil serta tinggal di sana. Iblis telah merampas bumi dari mereka.

DINASTI kerajaan para Banul Jan telah hancur dan musnah. Mereka terpecah belah menjadi beberapa golongan dan tidak mempunyai pemimpin yang kuat. Kemampuan mereka menjadi lemah dan mereka telah digantikan dengan Bangsa Jin yang lebih kecil kemampuannya dan juga kemampuan kegaibannya tidak seberapa. Bangsa jin sekarang tidak seperti mereka yang dahulu yg tinggi ilmunya terutama ilmu kegaiban.

Pada ketika itu Iblis mempunyai kekuatan yang tidak dapat ditandingi kerana dia adalah satu-satunya penguasa kerajaan yang masih utuh dan turut menghuni kerajaan di syurga bersama dengan Penghuni Pertama (Malaikat). Dia merasa bangga di muka Bumi dan dalam diam-diam Iblis telah membuat kerajaan baru di muka Bumi. Kerajaan Iblis tergantung di atas air (Bermuda Triangle), kerajaaannya sangat besar dan sangat luar biasa megahnya. Seluruh bangsa jin tunduk dan takhluk dihadapan Iblis, mereka berikrar akan selalu setia kepadanya.

Sesungguhnya Allah mana mengetahui apa yang dirancang oleh Iblis. Maka Allah menjadikan makhluk baru untuk menggantikan kepemimpinan bangsa jin di muka bumi yang nantinya akan mengetuai seluruh makhluk Bumi. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, (QS Al-Baqarah [2]: 30). “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

Rahsiah ayat di dalam surah Al-Baqarah mengenai pernyataan para malaikat, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu (makhluk) yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” adalah merujuk kepada makhluk-makhluk yang diceritakan terdahulu, yaitu Jin, Bin dan Banul Jan.

Dikisahkan tatkala nabi Adam a.s. sudah di arak mengelilingi langit, kemudian diarak pula menuju bumi. Di bumi, pada waktu itu terdapat para Malaikat bersama Iblis. Allah SWT memerintahkan kepada para Malaikat dan iblis untuk bersujud hormat, (QS.Al-Baqorah [34]). " Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para Malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam, ' maka sujudlah mereka kecuali Iblis”. Para Malaikat yang melihat Iblis tidak bersujud, bergumam di dalam hatinya: "Siapa yang telah tidak mau bersujud, itulah iblis, dan ialah (akan) menjadi iblis.

Para Malaikat sekali lagi bersujud, sujud syukur kali ini, yaitu memuji karunia Tuhan terhadap Nabi Adam a.s. Para malaikat akan selalu menjunjung tinggi dan menuruti segala apa yang di firmankan-Nya, serta tidak akan mengikuti segala apa yang tidak diperintahkan Nya. Oleh karena itu, para malaikat hingga kini selalu taat terhadap perintah Allah SWT. Perilaku Iblis yang tidak menuruti perintah Allah SWT menjadi pertanyaan Allah SWT, (QS.38:75)"Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku?. Jawab Iblis, (QS.38 :76) " Aku lebih baik darinya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia( Adam) Engkau ciptakan dari tanah".

Hai Iblis, keluarlah engkau di bawah langit-Ku dan dari atas bumi-Ku, dan keluarlah engkau dari rupa malaikat-Ku, masuklah engkau pada rupa iblis, dan engkau kaku tiada berkesudahan." Maka Azazil pun berubah menjadi rupa Iblis. Matanya menjadi menonjol keluar. Allah mengherdiknya : (Qs Sad [77 ~ 78) “Kalau begitu keluarlah kamu dari Syurga” Sesungguhnya kamu adalah makhluk yang terkutuk”.

Iblis Lalu berkata : "Kerana Adamlah maka aku Engkau murkai, dan nikmat dari-Mu Engkau ambil dari hamba-Mu, ya Tuhanku,perkenankan pinta hamba-Mu, maka beranilah hamba-Mu datang sembah ke hadirat-Mu, ya Tuhanku". Jawab Allah SWT, " Telah- Ku perkenankan pintamu itu. Berdatang sembahlah engkau hai iblis."

Iblis berkata : (Qs. 38: 79) “Ya Tuhanku, tangguhkan lah aku sampai hari mereka dibangkitkan.” Allah memperkenankan pemohonan Iblis, (Qs. 38: 80~81) “Maka sesungguhnya kamu termasuk golongan yang diberi penangguhan, sampai pada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)”.

Iblis menjawab, (QS.38:82 ~ 83)." Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka.

Allah berfirman : (QS.38 : 84~85) "Maka yang benar ( adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan dan " Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.”


Sejak kejadian itu, dendam mulai merasuki hati Iblis terhadap nabi Adam a.s dan anak cucunya. Iblis berupaya dengan segala cara untuk menyesatkan mereka semua. Kerana baginya segala keistimewaanya telah dirampas oleh manusia. Dan itulah pekerjaan tetapnya sehingga hari kiamat datang.

~Wallahu’alam~

Written and research done by Jannah Next Top Model

Isteri Seorang RATU Bukan BABU?

Inilah ayat yang sering para wanita atau isteri share di Facebook kononnya untuk peringatan dan rujukan suami . “Isteri Seharusnya dijadikan sebagai seorang RATU dan bukan BABU yang harus buat segala kerja rumahtangga !”

Bila bercakap urusan rumahtangga, sering kali kita dengar tentang hak dan tanggungjawab yang menjadi pertikaian tanpa berkesudahan. Si Isteri menuntut suami melayaninya bak pe
rmaisuri, sementara si suami pula menjadikan ketaatan sebagai sebab untuk isteri mesti melakukan itu ini.

Saya percaya, ramai yang telah maklum bahawa terdapat banyak perbincangan mengenai hal ini di kalangan para ulama kini dan silam termasuk ulama empat mazhab yang mana sebahagian mereka menyatakan bahawa tugas-tugas isteri seperti membasuh, memasak dan mengemas bukanlah kewajipan seorang isteri, sebaliknya ia terpikul di bahu seorang suami.

Namun, terdapat sebahagian yang lain berpandangan sebaliknya iaitu pengurusan rumahtangga adalah tugas seorang isteri, tetapi ia bukan kewajipan yang difardukan, sebaliknya ia merupakan perlaksanaan tanggungjawab atas nama kasih sayang dan husnul mu’asyarah (layanan yang baik) terhadap suami.

Perbezaan pandangan sebegini bukanlah sesuatu yang pelik atau tidak baik, bahkan ia menunjukkan keluasan dan kepelbagaian yang menjadi rahmat kepada umat Islam.

Firman Allah SWT :

وَلَهُنَّمِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. ( Surah al Baqarah ayat 228 )


Dr. Yusuf Al Qaradawi ketika membahaskan ayat ini di dalam karyanya, Fatawa Muasirah Lil Mar’ah, beliau menegaskan bahawa khidmat bakti serta layanan baik seorang isteri kepada suaminya adalah perkara ma’ruf bagi sesiapa yang menekuni ayat-ayat ALLAH SWT.

Seharusnya seorang isteri menyedari bahawa perlaksanaan tugas seperti menyapu, memasak, membasuh dan seumpamanya bukanlah perkara ma’ruf bagi lelaki, khususnya mereka telah dipertanggungjawabkan untuk bekerja mencari nafkah di luar rumah. Oleh itu, adalah adil bila isteri memainkan pula peranannya di rumah dengan melakukan kerja-kerja rumahtangga.

Hujah ini diperkuatkan lagi oleh pendapat Syed Sabiq didalam Fiqh as Sunnah :
“Asas yang diletakkan oleh Islam untuk menjayakan kerjasama di antara suami isteri serta menyusun kehidupan rumahtangga bersama adalah berdasarkan fitrah dan tabiat manusia. Lelaki lebih kuat untuk bekerja menyara keluarga, sementara isteri lebih serasi untuk mentadbir urusan rumahtangga, mendidik anak-anak serta memudahkan sebab-sebab kerehatan dan kedamaian di dalamnya. Justeru, lelaki ditaklifkan dengan sesuatu yang sesuai untuknya, manakala wanita pula dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang juga bertepatan dengan tabiatnya. Dengan ini, suasana rumah adalah ‘mesra urus’ dari luaran dan dalamannya.” ( Jilid 2, m.s 201 )


Demikian juga pandangan peribadi saya terhadap perkara ini. Jika ada suruhan nabi agar isteri perlu dilayan bak ratu, sudah pasti yang lebih layak menerima semua itu adalah para isteri, anakanda nabi dan sahabiyyat yang menjadi isteri kepada lelaki-lelaki terbaik di era Baginda. Akan tetapi jelas termaktub dalam untaian sejarah, para wanita solehah ini tetap melakukan kerja-kerja rumah sehingga suatu saat Fatimah r.a. datang mengadukan kesukarannya lalu Nabi SAW memujuk Fatimah dengan mengajarkan zikir penguat jiwa.

Imam Ibnul Qayyim menukilkan :
“Semulia-mulia wanita di dunia, iaitu Fatimah r.a. sendiri memberikan khidmat bakti kepada suaminya – Ali bin Abi Talib – sehingga suatu ketika dia mengadukan kepayahannya kepada Rasulullah SAW.


Andai suami sudah bermandi peluh dan keringat, atau memerah minda dan jasadnya untuk mencari nafkah keluarga, apa salahnya isteri membantu menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Ia bukan sekadar untuk meringankan beban suami, tetapi demi cinta isteri yang mahukan kedamaian dan ketenangan di rumah bagi menjadikan suami lebih bertenaga untuk bergelanggang buat ummah. Selain mendapatkan rasa cinta dan keredhaan daripada suami.

Seperti Hadis Rasulullah: "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Para wanita akhir zaman ini seharusnya memberikan dan memainkan peranan sebagai isteri yang baik kepada suami mereka.

Wanita seharusnya menjadi penolong atau sayap kanan buat suami. Isteri mengisi kekurangan, mengganti atau mewakili tugas suami bila diperlukan. Isteri adalah hak dan ‘harta’ bernilai milik suami. Kepadanya ditumpahkan sepenuh cinta dan percaya dalam menjaga rahsia rumahtangga.

Isteri mempunyai kebijaksanaan untuk mengatur rumahtangga melalui sifat rajin dan berfikir kreatif. Isteri yang solehah tahu bila dia membuka mulutnya, ia berlaku dengan hikmah, iaitu tahu waktu harus berkata-kata sesuai dengan tempat dan situasi. Saat bila pujian harus diberikan serta ketika mana pula muhasabah dan pandangan kepada suami dibicarakan.

Isteri yang solehah akan berusaha menjaga penampilan diri agar tampil menawan di mata suami yang dikasihi. Seorang isteri yang melalaikan diri sukar untuk menjadi penolong yang baik.

Kerana itu, isteri yang bijak akan berusaha membangun rumahtangga, tetapi isteri yang jahil akan meruntuhkan dengan tangannya.

Gelar penolong ini diberikan oleh ALLAH SWT sendiri sebagaimana firman-NYA :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَالزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُإِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


Maksudnya: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang,menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." ( surah at Taubah ayat 71 )


Taatlah suami mu wahai isteri. Inilah perkara yang paling mudah disebut namun paling sukar dilakukan oleh seorang isteri. Istilah tunduk dan hormat ini, mungkin merupakan istilah yang agak menjengkelkan bagi isteri yang dominan terhadap suami, terutamanya bagi isteri yang lebih kaya, berasal dari keturunan yang mulia dan ternama, bekerjaya dengan jawatan yang lebih tinggi dan seumpamanya.

Namun agar keluarga menjadi bahagia, prinsip-prinsip keluarga yang diredai perlu ditaati. Kehancuran keluarga hari ini, kemungkinan besarnya adalah kerana prinsip tersebut diabaikan atau dipandang sebelah mata. ALLAH SWT dan Rasulullah SAW telah memberikan panduan bagaimana seorang isteri memperlakukan seorang suami, iaitu tunduk, taat dan hormat sebagai jalan ketaatan kepada Ar Rahman.

Firman ALLAH SWT :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُبَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُقَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَنُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّفَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَعَلِيًّا كَبِيرً


Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka).Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar.”(Surah an Nisa’ ayat34 )


Ketaatan kepada suami itu pula diikat sepenuhnya dengan keharusan syari’at, selagi ia bukan maksiat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Tiada ketaatan kepada makhluk pada menderhakai ALLAH 'Azzawajalla." (Riwayat Ahmad)


Kasihi suami mu dengan ikhlas dan redha wahai isteri. Jalan kebahagiaan sesebuah perkahwinan di dunia ini, seterusnya berkesinambungan di akhirat nanti, terangkum dalam dua patah kata yang sederhana tetapi amat bermakna : iaitu reda dan ikhlas. Inilah yangmenjadi asas para sahabiyyat tetap menguli tepung, mengangkat air dan membersihkan kediaman dengan tangan mereka sendiri walau tubuh dihambat lelah dan penat yang amat.

Asma’binti Abu Bakar pernah berkisah :“Ketika aku menikahi Zubair, dia belum punmempunyai rumah, juga tidak mempunyai hamba. Dia tidak memiliki apa-apa di mukabumi ini selain kudanya. Akulah yang biasanya menggembala kudanya, memberinyamakan, dan merawatnya. Selain itu aku juga yang menggiling kurma, menggembalaunta, memberinya minum, dan membuat roti. Sebenarnya aku tidak begitu pandai membuatroti, jadi jiran tetanggaku di kalangan orang Ansarlah biasanya membuatkan rotiuntukku. Mereka adalah wanita-wanita yang ramah." ( al Mar’atu fiat Tasawwuri al Islami, Abdul al Muta’ali, m.s 113 )
Muslimah solehah ini antara barisan sahabiyyat yang memahami erti reda dan ikhlas. Apa yang dilakukan bukan menuntut dibalas, tetapi sebagai penyerahan diri yang tuntas kepada ALLAH SWT.

Redhalah dengan apa yang suami lakukan supaya rumah tangga bahagia. Seorang isteri tidak disoal apa yang suami lakukan samada tentang keadilan, tanggungjawab atau apa saja selagi bukan kita yang menjadi punca. Usah pertikaikan apa suami buat, adil atau tidak, mampu atau tidak, tetapi pertikaikan apakah cukup bakti aku kepada suami aku untuk aku layak ke syurga atau mendapat keredhaan suami.

Alangkah bagus, jika seorang isteri mati dalam redha suami, kerana dengan redha suami maka Allah juga redha ke atas dirinya.


BUKAN BABU, BUKAN JUGA RATU

Buat akhirnya, kesimpulan saya, tidak perlu meng 'highlight' kan istilah RATU pada memberi layanan buat isteri, apatah lagi istilah BABU pada menggambarkan kerja-kerja seorang isteri dalam rumahtangga.

Bimbang jika wanita hanya mengambil yang 'manis' sahaja dari kenyataan para ilmuwan agama yang sesuai dengan kehendak dirinya tanpa pernah memuhasabah diri tentang peranan menjadi hamba ALLAH yang terbaik di muka bumi ini. Kalau menjadi isteri itu bagai ratu, maka perlukah seorang ibu mendidik anak perempuannya bak puteri raja?

Kesenangan itu di 'sana' nanti, di mana isteri solehah menjadi permaisuri bidadari, manakala suami yang soleh menjadi raja yang dilayani sepenuh hati. Di dunia ini, tempat kita menuai budi, menabur bakti. InsyaALLAH, sekecil zarah pasti berbalas kebaikan di sisi ILAHI. Nantikan sahaja balasan Allah diakhirat nanti wahai para isteri.

Cukuplah dengan memahami istilah isteri ( zaujah ) iaitu pasangan kepada seorang lelaki bergelar suami dilengkapi dengan kebersamaan, terikatnya hati, saling berkerjasama dan menyintai satu sama lain dalam menghasilkan keharmonian rumahtangga.

Namun dalam suasana zaman yang sudah berubah, di mana wanita bekerja membantu suami menjana ekonomi keluarga, maka sinergi antara keduanya dalam melaksanakan tanggungjawab rumahtangga amat diperlukan.

Wahai para suami yang dikasihi, Wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk, maka ‘melentur’nya memerlukan kehatian-hatian dari seorang suami yang adil lagi bijaksana.

Tidaklah menjadi kesalahan, jika ada suami yang berminat dan bersedia melakukan kerja-kerja di rumah seperti kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, kerana Nabi juga melakukan perkara-perkara tersebut

Terbukti dalam satu riwayat daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya : “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Bagindapun keluar untuk sembahyang (ke masjid)”. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Hadis diatas disokong lagi oleh hadis-hadis lain yang menceritakan Baginda SAW sendiri membuat kerja-kerja rumah seperti menjahit baju, mencuci pakaian, menampal kasut, memerah susu dan lain-lain.

Sebagaimana riwayat daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada seorang lelaki katanya yang maksudnya : “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab:”Baginda sendiri menjahit bajunya dan menampal kasutnya, dan Baginda juga membuat pekerjaan yang dibuat oleh kebanyakkan orang lelaki (suami) di rumah-rumah mereka”. (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam riwayat yang lain lagi yang maksudnya ; “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda adalah manusia seperti manusia biasa di mana Baginda sendiri membersihkan (mencuci) pakaiannya, memerah susu kambing dan membuat kerja-kerja (yang lain) untuk dirinya sendiri”. (Hadis riwayat Ahmad).


Jesteru, wahai isteri hargailah dan carilah keredhaan suami mu. Wahai suami layan lah isteri-isterimu dengan baik. Suami adalah acuan buat isteri.

Hadis Rasulullah SAW : “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)

Seperti Firman Allah SWT : " Mereka adalah Pakaian bagimu, dan kamu pun adalah Pakaian bagi mereka. " (Al – Baqarah 187)


 
SYAIR BUAT PARA SUAMI :

“Bukan Dari Tulang Ubun Ia Dicipta, Sebab Berbahaya Membiarkannya Disanjung Dan Dipuja,
Tidak Juga Dari Tulang Kaki. Kerana Nista Dan Cela Menjadikannya Diinjak-Injak Dan Diperbudak,
Tetapi Dari Rusuk Kiri, Dekat Dengan Hati Bagi Dicintai, Dekat Dengan Tangan Bagi Dilindungi…”

ITULAH KAMI, SEORANG ISTERI.

Yang baik dari Allah SWT, yang buruk dari saya.
~Jannah Next Top Model~