Wednesday, 25 July 2012

Ya Allah, Selamatkan lah aku dari Neraka mu.

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, saudara bapaknya Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang artinya: Anaa awwalunnaasi khuruujan idzaa bu'itsuu ................

"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul."

Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."
Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?" Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad SAW."
Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur." Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas."

Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"
Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala."
Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?" Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"
Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini."
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu."

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."
Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam." Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!"

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir." Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Mengapa kamu berdua menangis." Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan." Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!" Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya.

Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!" Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?" Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?" Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu bersabda: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!" Hamba-hamba Allah Taala terdiam.

Allah Taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!"
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam." Malik bertanya: "Apakah hari ini?"  Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."
Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"
Jibril menjawab: "Ya!"
Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"
Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"
Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?"
Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Rasulullah SAW Membela Umatnya

Di Padang Mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: "TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."

Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya?"

Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: "KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahannam!"

Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: "Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: "Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya. Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?" Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?"

Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"

Allah Taala berfirman: "Aku percaya!"

Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk."

Ibnu Abbas r.h. berkata: "Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya. "

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: "Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahra' r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis." Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?"

Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah Taala - "Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka."

Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi."

Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"

Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:" Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.” ( Abasa: 37)

Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"

Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."

Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?" Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: "Robbii Sallim! Robbii Sallim! Tuhan selamatkanlah... Tuhan selamatkanlah...! Para malaikat akan menyambut: "Aamiin."

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: "Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah."

Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring.

Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW!"

Allah Taala berfirman kepada mereka: "Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?"

Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya."

Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan kamu?"

Mereka menjawab: "Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya."

Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: "Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!"

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.

1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat terjadi hisab. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: "Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka.

Mereka menyeru: "Di mana Muhammad?" Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka."

Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai."

Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka."

Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!"

Nabi Ibrahim as berkata: "Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!"

Nabi Musa as berkata: "Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!"

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: "Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka." Suara Mariam, telah didengar oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!" Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku."

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!"

Nabi Adam as bertanya: "Berapa banyak untukku kirimkan?"

Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka." Allah Taala berfirman lagi: "Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji. Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas."

Nabi Adam as berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!"

Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat

Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 1500 tahun perjalanan."

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: "Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!"

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka! Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku." Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia." Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: "Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka."

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka yaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat. Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.

Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab: "Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAW bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah."

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka.

Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka. Amiin.

(Petikan dari Kitab Syaiful Bathir karangan Al Imam As Suyuthi Rahimahullah)
Disalin semula dari blog Pemuda Ahli Sunnah.

Friday, 29 June 2012

Wanita Solat Tanpa Telekung Sah



ISLAM ITU MUDAH.... bukankah begitu...
Hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Tentang aurat bagi wanita ketika bersolat, ia sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Namun terdapat mentaliti sesetangah org yg akan pandang semacam bersolat tanpa telekung... samada pandangan itu utk ;
  • owhhhh boleh rupanya solat xde telekung
  • giler apa x pakai telekung ko solat
  • berani nyer budak ni solat xde telekung, fesyen apa ni
  • etc.....
Kadangkala seperti di shoping complex terutamanya & di waktu puncak, terutama Maghrib... telekung2 wakaf selalu tidak cukup sedangkan waktu solat makin menghambat... Islam itu mudah, solatlah dengan apa yang di pakai....

Pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.
Pakailah stokin kaki & sarung tangan... selain bertudung, berbaju menutupi aurat walaupun masa tu berseluar jeans... Peluh @ kotor bukan satu sebab untuk tidak bersolat, hanya pastikan pakaian kita perlu bebas dari najis dan peluh bukanlah najis J

Ianya tidak menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.

Tutuplah makanan dan minuman



بسم الله الرحمن الرحيم

RASULULLAH s.a.w. pernah bersabda, “Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” [HR Muslim]

Dalam satu hadis lain Rasulullah s.a.w. menyebut, “Tutuplah bejana (makan/minuman) kamu pada waktu malam walaupun dengan sebatang lidi.”

Hadis yang dibincangkan berkenaan suruhan Rasulullah s.a.w. agar menutup bekas makanan dan minuman menunjukkan lafaz yang umum. Iaitu wabak (penyakit) diturunkan pada satu malam dalam setahun, dan tidak dinyatakan secara spesifik waktunya. Berbeza dengan malam al-Qadar yang diturunkan dalam tempoh tertentu pada bulan Ramadhan.

Hal ini bermakna menjadi kemestian kepada kita mengelakkan penyakit ini kerana tenaga dari langit berupa wabak merupakan sebahagian daripada tenaga yang jahat. Tenaga jahat ini apabila bertembung dengan unsur bumi akan kalah walaupun sebatang lidi tidak dapat menutup bekas secara keseluruhan. Maka apakah jika wabak itu tidak menjangkiti manusia, dia akan musnah? Tenaga ini akan berpindah ke alam lain dan datang semula pada waktu (suatu malam pada tahun berikutnya). Hal ini samalah dengan hayat buraq yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam peritiwa Isra'. Buraq itu asalnya pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Selang waktu antara Nabi Ibrahim a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. ialah 31 tahun. Maka ke manakah buraq itu dalam tempoh yang begitu panjang? Jawabnya ia berpindah ke alam lain.

Dengan mencermati hadith di atas, dapat difahami bahawa menutup makanan dan minuman, dan disertai dengan bacaan Basmalah, dapat menjauhi dua penyebab utama bagi segala penyakit:

1. Perbuatan dan kejahatan syaitan.
2. Wabak penyakit yang turun dan menyebar melalui udara.

Imam An Nawawi berkata: "Para ulama' menyebutkan beberapa faedah dari perintah menutup makanan dan minuman, di antaranya yang ditegaskan pada hadith-hadith ini, iaitu:

1. Menjaganya (makanan dan minuman) dari syaitan, kerana syaitan tidak dapat menyingkap penutup makanan dan minuman sekali pun hanya dengan sebatang lidi.
2. Menjaganya dari wabah yang turun pada satu malam di setiap tahun.
3. Menjaganya makanan dan minuman dari terkena najis dan kotoran.
4. Menjaganya dari berbagai serangga dan binatang melata, kerana bisa saja serangga jatuh ke dalam bejana atau geribah, lalu ia meminumnya, sedangkan ia tidak menyedari kehadiran serangga tersebut, atau ia meminumnya pada malam hari, (sehingga ia tidak melihatnya) akibatnya ia terganggu dengan binatang tersebut."

Imam An Nawawi juga menjelaskan bahawa syari'at menutup makanan dan minuman bukan hanya berlaku pada malam hari, akan tetapi juga berlaku pada siang hari, berdasarkan keumuman teks hadith di atas.

Dalam hadith lainnya, Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ


“Bila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Dan bila sudah masuk sebahagian waktu malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup (dengan menyebut nama Allah). Tutup semua kendi kalian dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bejana kalian dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lentera kalian (ketika hendak tidur).” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Monday, 25 June 2012

Dosa Yang Dianggap Biasa - Menutup Aurat


Dosa yang dianggap biasa
by : Didie Dayana Ismail - http://dayanaluvbooks.blogspot.com


Assalamualaikum semua...

Dah beberapa minggu blog ni dibiarkan bersawang tanpa apa2 entri terbaru. Untuk entri yang lepas, aku dah bercerita pasal penghijrahan. Bukanlah bermaksud aku ingin menggembar-gemburkan pada seisi dunia berkenaan penghijrahan aku tapi sekadar untuk perkongsian dan renungan kita bersama. Kita semua hamba Allah yang lemah dan hina dan kita semua perlukan perubahan dalam hidup untuk menjadi yg terbaik di sisi Allah SWT.

Okay. Dengan izin Allah, aku sambung balik cerita pasal tabaruj. Tabaruj berasal dari kata Barajun yang beerti luas dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata Burjun yang beerti tinggi. Az-Zajjaj Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sirri memberi definisi Tabaruj seperti berikut,

"Tabaruj adalah menampakkan perhiasan dan segala yang dapat mengundang syahwat lelaki."

Dalam erti kata lain, setiap perhiasan yang dapat mengundang syahwat lelaki dikira sebagai Tabarruj.

Manakala Ibnul Atsir Rahimahullah memberi definisi Tabarruj dengan memberi maksud

"Tabarruj adalah menampakkan perhiasan kepada lelaki yang bukan mahram (ajnabi). Perbuatan seperti ini jelas tercela. Adapun menampakkan perhiasan kepada suami , tidaklah tercela.

Menurut Mujahid, Qatadah dan lain-lain, perkataan Tabarruj bermaksud berjalan dengan lagak sombong, mengada-ngada, lembut dan lemah gemalai. Muqatil pula mengatakan Tabarruj itu meletakkan selendang di atas kepala tanpa mengikatnya lalu menyerlahkan anting-anting, rantai dan leher.

Dengan adanya penerangan di atas, ianya jelas menunjukkan bahawa Islam menyuruh kita bersederhana dalam segala hal. Baik dari segi makanan dan ianya juga dijelaskan dalam berpakaian. Dalam hal ini, ianya lebih terfokus kepada muslimah atau kaum wanita Islam. Aku akui, ramai wanita Islam bertudung atau berhijab. Dalam penulisan entri kali ini aku akan gunakan perkataan "berhijab" kerana lebih sesuai dengan perubahan zaman sekarang. Dulu, ada yang tidak berhijab, tapi sekarang tertarik untuk menggunakan hijab. Dulu, ada yang on-off (kejap free hair, kejap tutup) and sekarang sudah mula serius berhijab. Alhamdulillah. Allah dah dekatkan kalian semua untuk patuh pada perintah-Nya.

Aku ingin memetik kata-kata dari Ustaz Azhar Idrus, " Semakin cantik dunia, semakin jahil lah manusia.."
Yupp! Aku akui kebenaran kata-kata UAI ni. Seiring dengan peredaran dunia, fesyen juga turut sama beredar. Dulu, orang "takut" atau tak nak berhijab disebabkan ketandusan fesyen berhijab. Balik-balik pakai tudung bawal. Lepas tu, baju pulak kalau tak baju kurung, baju t-shirt. Untuk orang yg free hair pulak, senang je nak menggayakan macam-macam fesyen. Boleh guna mini skirt, boleh guna head-band, boleh guna sleeveless shirt yang ada macam2 corak, boleh guna skinny jeans and etc. Tak terbatas bagi yang free hair.

Lepas tu, bila zaman dah berubah, fesyen berhijab pun turut berubah. Bagi yang dah jemu guna tudung bawal, boleh guna selendang (shawl). Shawl pulak sekarang ni macam2 corak, macam2 colour, macam2 bentuk. Nak yg crumple ada, nak yang licin ada, nak yang ada loceng ada, nak yang rambu ramba pun ada. Cara penggunaan shawl pun dah tak terbatas lagi. Dulu lilit sekali je. Sekarang dililit sampai berbelit. Ada shawl yang dipakai longgar, ada yang dipakai ketat sampai kepala nampak macam alien, and fyi, bagi yang takde rambut, boleh dapatkan anak tudung yang dah siap dengan bonjolan sanggul untuk menampakkan atau menyerlahkan kecantikan menggunakan tudung. MasyaAllah!!


 
Anak tudung ni belambak jual kat Jalan TAR. bukankah ini sudah melanggar hukum Allah?
cuba korang refer gambar di bawah:





Top and bottom picture. Hana Tajima, trendsetter tudung and style
anak muda kini. Kalau jalan2 kat mall, ramai kan yang guna tudung ala2 longgar
and kipas macam miss tajima ni kan?
termasuk lah aku yang dahulu:)




dato siti nurhaliza. sape tak kenal. tapi maaf ye kawan2, ukhti2 sekalian.
Ini bukan bertudung. Ini namanya menutup kepala sahaja.
Bersasarkan pemerhatian aku, ramai yang terikut-ikut dengan fesyen tok ti sekarang.
Ada yang pakai time jalan2 dengan pakwe and tak kurang jugak ada yang pakai time kenduri.



and this is YUNA. semua gadis nak jadi "gadis semasa" macam yuna.
Dulu, berselendang biasa tapi sekarang dah "berturban".
Mengapa harus kita terikut-ikut fesyen bangsa sikh?

So, bila dah bertudung seperti di atas, orang ramai akan mudah tertarik melihat anda terutamanya lelaki ajnabi yang boleh anda kahwini. Sekali lelaki melihat tanpa disengajakan, itu dimaafkan tapi bile lelaki dah menjeling untuk kali kedua, itu zina mata namanya saudara sekalian. Bukan lelaki itu sahaja yang menanggung dosa bahkan kita juga yang turut sama berdosa.

Memang fitrah manusia untuk kelihatan cantik dan sempurna terutamanya wanita. Disebabkan itulah pelbagai jenis hijab yang dikeluarkan di pasaran dan pelbagai jenis cara menggunakan hijab juga di aplikasikan sekarang. Bila dilihat, dibelek-belek kembali, ada sesetengah pemakaian hijab anak muda sekarang terikut-ikut fesyen penganut agama lain di dunia. Sila lihat gambar di bawah. Nampak kan apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Mereka (penganut agama lain) juga menutup kepala tapi adakah itu dimaksudkan dengan berhijab? Mereka tidak ada istilah berhijab pun sebenarnya. Itu hanyalah kepercayaan mereka yang diturunkan oleh nenek moyang mereka sahaja. Mereka tidak ada dalil dan perintah yang sah menyuruh mereka mengenakan kain/kerudung di kepala. Tapi kita? Allah terang-terangan menyatakan akan perintah menutup aurat dalam surah An-Nur ayat 31. Sila rujuk entri sebelum ini.




Adakah anda ingin menjadi salah seorang dari mereka di atas? Kita beragama Islam dan seharusnya kita berdiri di atas syiar Islam, berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Cubalah berubah dari sekarang. Biarlah orang mengatakan kita kolot tidak tahu akan perkembangan fesyen semasa tapi apa yang penting Allah menyukai apa yang kita pakai. Simple as that kan? :)

Sebagai seorang muslimah, aku yakin ramai yang mempunyai definisi tersendiri tentang aurat.

Definisi pertama:
" Menutup aurat is pakai tudung.."

Definisi kedua:
" Menutup aurat is pakai tudung and pakai baju untuk tutup aurat dari lelaki.."

Definisi ketiga:
" Menutup aurat is covering everything kecuali tapak tangan dan muka. Menutup aurat yang dimaksudkan dalam Islam adalah dengan melabuhkan tudung sehingga menutupi dada, penggunaan baju, seluar dan tudung yang tidak ketat dan jarang. Dan akhirnya tidak bertabaruj.."

Cuba tanya diri korang sendiri, pendapat korang tentang menutup aurat jatuh pada definisi yang ke berapa? Aku bukanlah berniat untuk menjatuhkan korang bila menulis entri ni, tapi kita sebagai manusia yang penuh dengan kekhilafan haruslah saling menegur sahabat kita yang mudah tersasar kan? Seperti yang aku luahkan dalam entri yang lepas, aku juga pernah tersasar akibat leka dengan duniawi. Jadi, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi salah seorang ahli Jannah ye :-)




Berbalik pada perbincangan kita, korang mesti selalu melihat pemakaian tudung yang di atas kan? Moga-moga kita tidak termasuk dalam kategori muslimah di atas. Aku akui, aku pernah tersilap dalam menutup aurat. Semuanya sudah aku ceritakan dalam entri yang lepas dan gambar di bawah boleh dijadikan rumusan tentang kesilapan wanita semasa menutup aurat. Baca dan fahami dengan sebaik-baiknya. Kalau masih juga tak faham apa itu tabaruj, sila lah google,baca dan faham tapi untuk yang lebih afdal lagi, silalah bertanya dengan orang yang lebih memahami.

Actually, banyak sangat kesilapan yang dilakukan oleh wanita sekarang dalam berhijab dan menutup aurat. Macam yang selalu aku lakukan dahulu dan mungkin apa yang masih anda semua pakai sekarang ni. Kita sebagai seorang wanita Islam, atau Muslimah perlulah menutup aurat dengan sempurna bukannya membalut aurat yang masih boleh diintai dengan nyata oleh yang bukan mahram. Kesedaran inilah yang aku cuba pupuk dalam diri sehingga sekarang. Ya Allah! Jahil nya aku dahulu sehingga mengabaikan aurat aku. Mempertontonkan aurat aku di khalayak ramai. Berasa bangga bila orang ramai memuji pakaian aku yang cantik, yang up-to-date, make up yang lawa, body aku yang hot ala2 artis barat! MasyaAllah! Semua tu hanyalah sandiwara iblis laknatullah! Semua itu kerja iblis untuk menimbulkan perasaan riak dalam diri aku dan bangga dan seterusnya takbur! Nauzubillah min zalik! Jauhi aku dari bisikan syaitan yang inginkan aku dan muslimah yang lain tersasar dan tersungkur mengikut jejak langkah mereka!





Ukhti sekalian, pupuk lah dalam diri anda semua niat untuk menutup aurat dengan sempurna. Semuanya bermula dari zero. Memang ada yang mempertikaikan bahawa hidayah belum sampai lagi untuk bertudung labuh menutupi dada dan memakai pakaian yang longgar. Tetapi ingat, kalau kita tidak mencari hidayah Allah, sampai bila2 pun kita akan tersesat. Sampai bila2 pun kita akan terleka dengan "keindahan" dunia. Sucikan hati dan bersihkan jiwa jika ingin berubah. Niat itu yang paling utama. Niat hanya satu iaitu LILLAHITAALA. Bagi yang baru berjinak-jinak untuk berhijab, berniatlah untuk kekal menutup seluruh aurat anda dengan ikhlas seikhlas ikhlasnya kerana Allah Taala. Begitu juga dengan yang sudah sedia ada berhijab tapi tidak menutup aurat dengan sempurna, sedarlah akan kesilapan anda dan sama-samalah kita menutup aurat dengan sempurna. Sesungguhnya, simpanlah aurat anda untuk yang berhak sahaja, iaitu suami anda.

Kesimpulannya, menutup aurat dengan tidak sempurna dan bertabaruj apabila berhijab adalah antara dosa yang kita tidak sedar akan kewujudannya. Maksudnya di sini, dosa seharian yang kita anggap biasa je. Kita tak ambil kisah pun pasal dosa ni sebab kita rasa nanti2 boleh bertaubat, nanti2 boleh mintak ampun dengan Allah. Tapi ingat! Tak ada istilah "nanti-nanti" jika Allah inginkan malaikat Izrael mencabut nyawa kita. So, berubah lah dari sekarang. Kesimpulan dari entri aku ni jugak, aku ingin memohon maaf jika apa yang aku sampaikan di sini membuat anda terasa dan seterusnya berkecil hati. Aku bercerita melalui pemerhatian dan pengalaman yang aku alami sendiri sebagai seorang insan dan hamba yang lemah.

Alhamdulillah, sekarang mempraktikkan pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Tak perlu membazir beli jubah banyak2. Masih boleh recycle guna baju lama yang longgar ye. Bukannya baju lama yang ketat. Asalkan ianya labuh dan longgar, then it is ok. Membazir itu kan saudara syaitan :-). So, apa-apa pun NIAT itu yang sangat penting.

Bila kita dah menutup aurat dengan sempurna, agak-agaknya sepupu lelaki kita sebelah mak dan ayah boleh lihat ke aurat kita? Boleh ke kita bersalam dengan mereka? Semua ini akan aku kongsikan dalam next entri ye:-) So, stay tune with me..

Assalamualaikum...


written by Didie Dayana Ismail

Friday, 22 June 2012

Kesan Zikir Terhadap Otak



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
 
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, 21 June 2012

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!


Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Wednesday, 20 June 2012

KISAH LUCU DAN PENGAJARAN: HANTARAN AL-QURAN

Assalamualaikum warahmatullah.... kisah berikut saya terima dari emel seorang rakan. Setelah membacanya.. saya rasakan kisah yang berbaur lucu ni ada pengajarannya. Antaranya... Al-quran yang ada di pasaran sekarang ni indah-indah dan cantik-cantik belaka. Dari satu sudut ianya amat baik untuk menarik minat orang membeli seterusnya membaca dan menghayati isi ajarannya. Namun ada juga yang menjadikan Al-Quran yang cantik-cantik tersebut sebagai koleksi dan perhiasan semata.... amat mendukacitakan. Mungkin kisah ini wajar kita jadikan renungan bersama... sejauh mana kita menghayati al-quran... berbaloikah membeli al-quran dengan harga yang mahal tetapi kita tidak mendapat apa-apa faedah darinya.

Wallahu a'lam...

Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran? pekik Jamilah kepada Nabil..


Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni? balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al Quran yang bakal dijadikan hantaran.


Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab? keluh Jamilah.
 Ala, awak bukan reti pun bahasa arab? jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat? tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.


Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid? sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..


Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?? Pakcik menyoal sambil tersenyum.


Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik? Teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.


Kalau gitu, tak perlu lah beli Al Quran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik? tegur pakcik berhemah.


Alah, pakcik nih.. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la? tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.


Oh, baguslah. Kalau begitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi? cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi? senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.


Jangan lupa baca ya? pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.


Sibuk je la pakcik tu? Jamilah mengomel.


Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ?terpukul? dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.



TIBANYA TARIKH PERNIKAHAN:


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

Assalamualaikum semua? ucapan salam Pak Imam bergema.


Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

Inikah pengantin hari ini?? tegur selamba Ustaz Saad.


Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..? jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin? cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


Ss.. su.. surah apa ustaz?? Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.


Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d? kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.


Surah Ar Rad ?
Surah Ar Ra'd? Apa benda ni? detik hati Nabil.



Bismilla hirrahmaa nirrahim.. ALL..MAA... RIII..!!? berlagu Nabil. 


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. 

Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. kedengaran suara gemersik Ustaz Saad. 

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al Qurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL Qufran. Beli Al Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim? 

Tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Saad.Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. 

Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al Quran itu sendiri.Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..? penutup Ustaz Saad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.Pit.. Pit! 

Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Saad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.Demikian al-kisahnya... :)