Monday 19 March 2012

Hadiah Allah ~ Solat Qasar & Jama'

Rupanya banyak hadiah Allah s.w.t untuk kita, contohnya macam solat Jama' & Qasar.. rasanya ramai jugak yg tak tahu tentang kelonggaran solat ni. Rugi rasanya kalau tidak dipratikkan HADIAH ALLAH UNTUK KITA :)

Some info for share : Scenario yang membolehkan kita solat qasar or jama'..

Scenario 1 :: Kampung halaman si A adalah Kota Baru misalannya. Dia bermusafir (dengan kadar yang lama, eg: pelajar Universiti) ke KL, dan tidak berniat untuk menetap di KL. Dengan itu, Kota Baru masih menjadi kampung halaman si A, iaitu digelar Watan Aslinya. Maka apabila si A pulang ke KB, si A tidak boleh melakukan solat Qasar. KL adalah Watan Iqamah si A. Wajib solat seperti biasa.

Scenario 2 : Kampung halaman si A adalah Kota Baru. Dia bermusafir ke KL dan menjadikan KL sebagai tempat tinggal / bermaustatin, dan dia memang niat untuk menetap di KL, maka dengan itu KL sudah menjadi watan aslinya yang baru. Maka apabila si A pulang ke kampungnya di Kota Baru, dengan niat tidak lebih dari 3hari tidak termasuk hari pergi dan pulang maka dia BOLEH melakukan solat qasar sepanjang di kampung. Watan Aslinya KB telah terbatal.

Asal hukum : Bahawa Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya merupakan asal ahli Mekah, iaitu Mekah merupakan Watan Aslinya. Kemudian mereka telah berhijrah dan menjadikan Madinah sebagai tanahairnya dan tinggal disana. Mereka telah membina rumah di Madinah untuk kediaman mereka. Watan Asli di Mekah telah pun terputus. Maka semasa mereka bermusafir ke Mekah, mereka akan solat secara solat orang musafir. Nabi bersabda kepada ahli Mekah :

أتموا يا أهل مكة فإنا قوم سفر
“Sempurnakan solat Ya Ahli Mekah, kerana sesungguhnya kami adalah orang yang bermusafir”

Kesimpulannya, jika anda telah menjadikan tempat tinggal sekarang sebagai watan asli , maka apabila pulang ke kampung (rumah bapa atau mertua), maka anda boleh melakukan solat secara musafir (eg: qasar solat).

Solat yang boleh diqasarkan adalah zohor, asar dan ishak iaitu memendekan solat sebanyak 2 rakaat. WA.

Perihal Solat Qasar
 
Syarat untuk men”qasar”kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-

i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 91 KM.
ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.
iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat. iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).
v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.
vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bermusafir dari awal hingga akhirnya.
vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalam tempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.

Perihal Solat Jama'

Solat jama’ pula semua syaratnya sama dengan solat qasar. Berikut maklumat beberapa maklumat tentang jama’ solat :-

i. Jama’ tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama’ kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)
ii. Solat jama’ boleh dilakukan dalam dua bentuk :-

Pertama : Jamak Taqdim

Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib. Ia berdasarkan hadith shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad, Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.

Syarat-syaratnya :

1) Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )

2)Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tetapi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.

3) Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.


Kedua : Jamak Takhir

Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktu solat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).

Ia dibenarkan syarak berdasarkan hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. (Rujuk Naylul Awtar, 3/212)

Syarat-syaratnya :

1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)

2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.

3) Boleh mendahulukan mana-mana solat dahulu samaada zohor ataupun asar, sah solat jamak tersebut..


Niat Solat Jamak dan Qasar

Niat dibolehkan didalam bahasa melayu asalkan dalam niat mesti ada tiga perkara iaitu qasar, ta'rad, ta'yin (Niat untuk ber'qasar, ta'rad iaitu menyebut 'fardu' dan ta'yin menyebut jenis solat cth: zohor. Sah solat anda sebab anda telah menyebut ketiga2 perkara tersebut.

Contoh niat solat qasar : Sahaja aku solat fardu zohor dua rakaat qasar kerana Allah ta'ala

Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.



Sumber : http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.htm dan beberapa sumber lain sebagai tambahan info.  

No comments:

Post a Comment