2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...
sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan
kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa
kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa
bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu
menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi
anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat
solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan
sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.
Setelah bertakbir, Cara2 solat yg betul,
penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan
selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i.
Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn
meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat
kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
*Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan*
Syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah
lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2)
Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit
dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas,
seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3)
Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal -
tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan
mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib
sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak
tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit
dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2
tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan
kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu
dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari
shj).
Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i.
Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih
diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari
menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum
bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi
kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau
kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh..."
( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di
sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan
sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn
melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan
berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn
tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak.
Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun,
pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di
rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung,
pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar
telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas
membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj. Apabila tiba waktu
solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita
memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg
dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan
menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu
tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (stokin yg lazim
dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Adayg
berlubang2
sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung.
Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.
Sekian
saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap
dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu
dari saya.
Wassalamu.
** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **
No comments:
Post a Comment