Monday 19 March 2012

Ajarlah Anakmu Menunggang Kuda, Memanah Dan Berenang

HADITH

Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)


“Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panahnya. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.” (NASAI – 3522)



TERAPI BERKUDA

 
Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".

Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.


Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.

Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat :-

a) membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.

b) Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.
c) Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran dapat :-

i) Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka.
ii) Melatih mereka supaya mematuhi disiplin.
iii) Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.
iv) Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. v) Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.


MEMANAH MENGASAH KETAJAMAN FIKIRAN

 “Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga lantaran satu anak panah; orang yang ketika membuatnya mengharapkan kebaikan, orang yang menyiapkannya di jalan Allah serta orang yang memanahkannya di jalan Allah.” Beliau bersabda: “Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kamu memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda.” (AHMAD – 16699)

Hadits di atas menggambarkan betapa Rasulullah saw sangat menganjurkan agar seorang muslim prihatin dengan persiapan untuk berjihad di jalan Allah. Memanah dan berkuda merupakan dua kegiatan yang terkait dengan hal itu. Dan seorang muslim perlu memiliki semangat untuk berjihad di jalan Allah. Mengapa? Karena Nabi saw memperingatkan bahwa hilangnya semangat berjihad sebagai tanda hadirnya kemunafikan dalam diri.


Dengan memanah, kita dapat melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.


Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.


Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)


BERENANG
 “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Banyak manfaat boleh dierolehi ke atas kanak-kanak yang diajar berenang dengan cara yang lembut, beransur-ansur dan kanak-kanak bebas bergerak ulang alik.


Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional,

dan sosial.

Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:


kemahiran motor kasar dan halus

refleksi (masa tindak balas)
Kuasa tumpuan (fokus)
Kepintaran / kecerdasan
Tabiat sosial
Interaksi sosial
Keyakinan diri
Kebebasan
Boleh menangani situsi yang diluar jangka.

Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self -esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain.


Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Adalah harus dikhabarkan bahawa hadis tersebut walaupun sahih, namun ia bukanlah satu hadis marfu'; yakni hadis dilafazkan/dilakukan oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia adalah satu hadis mauquf; yakni dilafazkan/dilakukan oleh sahabat RA.

    Hadis: "Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" adalah sesungguhnya dilafazkan oleh Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab RA. Maka, anda telah menukarkannya daripada sahih kepada maudu' (palsu) kerana lafaznya. Wallahua'lam. Na'udzubillah.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusalam,

    Terima kasih diatas pencerahan. Kesilapan saya kerana penulisan hadis tersebut dicopy daripada sumber internet tanpa saya membuat penelitian terlebih dahulu..

    Jazaakallahu khayran

    ReplyDelete
  3. Syukran jazilan.. Jazakillah kerana sudi membalas.

    Usah disalahfahamkan. Saya hanya kasihkan pada saudara seagama saya. Khuatir mengundang binasa pada diri sendiri. Setipis nasihat: Usahlah bergantung kepada internet semata-mata. Sesiapa sahaja boleh menulis "Nabi SAW bersabda.." berikutan akhir zaman ini yang penuh fitnah di merata-rata.

    Dengarkanlah nasihat ini: Kajilah kesahihan sesuatu maklumat sebelum mengambil maklumat tersebut. Beringatlah,

    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja, maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

    Saya risau juga orang terikut-ikut menyebarkan hadis ini. Ingatilah juga:

    Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali RA, Nabi SAW bersabda: "Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan (walaupun) sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan (walaupun) sedikit pun." (Riwayat Muslim)

    Nasihat #2: Rujuklah kitab berbanding daripada internet. Bukan bererti saya melarang menggunakan internet; Kerana barangkali disitu boleh dijadikan tapak pemulaan mencari pengetahuan. Sesudah itu, jika dapat diusahakan, rujuklah pada seorang guru. Usahlah diutamakan pada internet semata-mata. Saya tak cakap guru - sang youtube. Saya cakap guru yang boleh bertanya dan dirujuk. Seumpama salah satu pesanan Imam as-Syafie dalam syarat berilmu: 'Bersahabat dengan guru.' (bergaul dengan ilmuwan)

    Firman Allah SWT: "..bertanyalah kamu kepada 'ahluzZikri' (orang yang berpengetahuan/berilmu) jika kamu tidak mengetahui." (al-Anbiya' 21:7)

    Wallahua'lam. Na'udzubillah min zalik. Wassalam.

    Nota: Jika tertarik bersahabat dengan saya, saya juga mempunyai laman facebook. Saya akan berlapang dada untuk bersahabat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhi wa ukhti,

      Jazakallahu khayran katsiro :)

      Syukron jiddan akhi wa ukhti, ini sgt bermanfaat bg ana. Barokallah fiikum atas ilmunya,Insya Allah bermanfaat sekali.

      Na'am ana masih belajar, mohon berkongsi ilmu :) Akhi wa ukhti boleh add fb saya kiranya ingin berkongsi ilmu :)

      Delete
  4. Rasulullah S.A.W memanah, berkuda & berenang.
    Jadi ini semua sunnah Rasulullah S.A.W.
    Terasa pelik bila manusia mempertikaikan sunnah Baginda.

    ReplyDelete